SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.

SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.
SK Ridan

Saturday 25 April 2015

Majlis Jalinan Mesra Bersama Pemimpin

Tarikh: 25 April 2015
Masa: 4.00 petang
Tempat: Hotel Sri Simanggang, Sri Aman

Guru Besar SK Ridan (paling kiri) bersama dengan barisan guru SK Ridan yang turut hadir ke majlis ini



Friday 24 April 2015

Program Jom Baca Bersama Selama 10 minit



TARIKH      : 23 APRIL 2015 (KHAMIS)
MASA         : 10.00 PAGI – 10.10 PAGI

NAMA JABATAN/INSTITUSI/SEKOLAH
:
SEKOLAH KEBANGSAAN RIDAN,
D/A PEJABAT PENDIDIKAN LUBOK ANTU,
95900 LUBOK ANTU, SARAWAK.
JUMLAH KESELURUHAN PESERTA
:
Guru : 18 Orang
Kakitangan Swasta  : 9 Orang
Murid-Murid : 146 Daripada 151 Orang
JUMLAH : 173 ORANG PESERTA
LAPORAN RINGKAS AKTIVITI YANG DIJALANKAN
:
Program Jom Baca Bersama 10 minit ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pihak Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Ridan telah menyediakan bahan-bahan bacaan bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar. Semua warga sekolah turut sama terlibat di dalam menjayakan program ini.

Lampiran gambar:
Guru-guru SK Ridan turut sama-sama menjayakan program ini

Murid-murid Tahun 4 yang melaksanakan program Jom Membaca selama 10 minit di dalam bilik darjah kelihatan begitu tekun dan bersemangat

Murid-murid Tahun 5 melaksanakan program ini di dalam Perpustakaan SK Ridan

DISEDIAKAN OLEH
:


ENCIK AMIRUL ASYRAF BIN KAMARULZAINI
Guru Perpustakaan Dan Media SK Ridan

Ujibakat Bintang Kecil 2015

Tarikh: 21 April 2015 (Selasa)

Tempat: SK Lubok Antu

Pelancaran NILAM & Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat SK Ridan 2015

Friday 10 April 2015

PROGRAM: “Kelasku Rumah Anakku”



  Disediakan oleh: Encik Amirul Asyraf bin Kamarulzaini

Pada 10 April 2015, suatu program yang diberi nama “Kelasku Rumah Anakku” telah dilaksanakan dengan jayanya di SK Ridan. Penglibatan dan penyertaan ibu bapa di dalam program yang dianjurkan ini adalah amat menggalakkan dan di luar jangkaan pihak sekolah. Semua warga sekolah termasuk ibu bapa telah berjaya mencapai objektif pelaksanaan program ini dalam memastikan keadaan dan persekitaran bilik darjah menjadi lebih kondusif seterusnya berupaya meningkatkan pencapaian akademik murid-murid. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih di atas kesudian SIP Partner PPD Lubok Antu, Encik Goh di atas kesudian merasmikan program ini. Turut tidak dilupakan, ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang pelaksanaan program ini.




























Saturday 4 April 2015

Pertandingan Choral Speaking Peringkat Bahagian Sri Aman 2015

SK Ridan telah menghantar pasukan untuk Pertandingan Choral Speaking Peringkat Bahagian bagi Tahun 2015. Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan penglibatan SK Ridan pada tahun ini. Semoga kejayaan yang lebih cemerlang akan diperolehi oleh SK Ridan pada tahun-tahun hadapan.

Jumlah murid: 33 orang
Guru Pengiring: Mr Hafizuddin Ma'mor, Encik Amirul Asyraf bin Kamarulzaini, Puan Didiena Emilda, Cik Nurul Sazila, Cik Nazirah, Cik Lai Jin Mor & Encik Ngalambong


Sebahagian guru pengiring SK Ridan bersama murid-murid yang menyertai Pertandingan Choral Speaking

CAMPOREE TAWAU ANTARABANGSA 2015



 Unit beruniform pengakap SK Ridan telah berjaya menghantar kontingen seramai 4 orang ahli pengakap bagi menyertai Camporee Tawau Antarabangsa 2015 yang berlangsung di Kem Pengakap Tiku, Tawau, Sabah pada 14-18 Mac 2015. Camporee pada tahun ini turut disertai oleh pengakap dari Indonesia dan juga Brunei, malah SK Ridan menjadi kontingen tunggal yang menghantar penyertaan daripada Sarawak. Penyertaan bagi camporee ini adalah melibatkan lebih kurang 1500 penyertaan daripada ahli-ahli pengakap.

            Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang camporee ini antaranya ialah aktiviti ilmu kepengakapan, sesi pertolongan cemas, raja dan ratu rimba, masakan tradisional, aktiviti monkey bridge, slot lawatan, slot demostrasi oleh pihak jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), masakan tradisional, pertandingan malam kebudayaan, pertandingan sukan futsal, pertandingan sukan sepak takraw dan sebagainya. Penyertaan dari SK Ridan yang juga merupakan wakil tunggal Sarawak telah berjaya memperolehi beberapa pencapaian di dalam camporee ini:
  1. Kesemua ke empat peserta berjaya mendapatkan anugerah aktiviti camporee (hanya 200 orang peserta sahaja yang memenangi anugerah aktiviti camporee ini)
  2. Naib johan pertandingan futsal
  3. Naib johan pertandingan sepak takraw
  4. Peringkat akhir pertandingan malam kebudayaan (terpilih setelah melalui proses saringan daripada 44 kontingen) 


Penyertaan unit pengakap SK Ridan di dalam Camporee Tawau Antarabangsa 2015 diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat kepada ahli-ahli pengakap yang lain untuk terus memberikan komitmen yang terbaik kepada aktiviti-aktiviti kepengakapan yang dilaksanakan. Pada kesempatan ini, pihak kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK Ridan, Tuan Tibin Anak Jaya, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Lubok Antu, Puan Roselind Emeline Dundang, Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu dan pihah-pihak yang telah turut sama menjayakan penyertaan SK Ridan di dalam camporee pada tahun ini. Semoga SK Ridan dapat menyertai lagi camporee Tawau ini untuk tahun-tahun berikutnya.


 Disediakan oleh: Amirul Asyraf bin Kamarulzaini

Gambar-gambar sekitar penyertaan SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak di dalam Camporee Antarabangsa Tawau 2015:

Aktiviti Sayang Si Buta

Aktiviti Monkey Bridge






Sesi ikatan dan simpulan




Pertandingan Masakan

Perlawanan Sepak Takraw

Bersama dengan pingat dan pencapaian yang diperolehi