SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.

SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.
SK Ridan

Saturday 27 June 2015

Majlis Ngiling Bidai SK Ridan 2015

Tarikh: 26 Jun 2015
Patron: YB Dr Johnical Rayong Anak Ngipa

Majlis Ngiling Bidai SK Ridan telah dilaksanakan dengan jayanya. Pihak SK Ridan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dr Johnical Rayong Anak Ngipa di atas kesudian bagi merasmikan majlis ini.








Saturday 13 June 2015

Korobori Pengakap Kanak-kanak Kebangsaan di Terengganu



KOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2015

Tarikh: 30 Mei hingga 3 Jun 2015
Tempat: Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Nerus, Terengganu.

            Seramai enam orang pemimpin dan sembilan orang ahli Pengakap yang terdiri daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Lubok Antu dan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Miri telah menyertai Korobori Pengakap Kebangsaan 2015 dengan jayanya yang berlangsung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Nerus, Terengganu. Kontingen kami telah selamat sampai semuanya ke tapak perkhemahan pada 30 Mei 2015.
30 Mei 2015 (Sabtu)
Kontingen mula memasang khemah-khemah bagi mengikuti perkhemahan korobori ini. Para peserta juga diberikan taklimat oleh pemimpin berkenaan perjalanan aktiviti bagi korobori ini. Taklimat ini diberikan oleh pemimpin pengakap SK Ridan (Encik Amirul Asyraf), SK Merbau (Encik Bakhtiar) dan SK Agama Miri (Encik Muinuddin). Taklimat ini juga merangkumi langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh semua peserta korobori ini.
 

31 Mei 2015 (Ahad)
Peserta Korobori telah memulakan aktiviti. Aktiviti pertama yang dijalankan oleh peserta adalah aktiviti Permainan Dinamika diikuti dengan Permainan Rakyat dan sebagainya..






 
















 













1 Jun 2015 (Isnin)
Peserta Korobori menyambung perjalanan aktiviti mereka.


















 











                                                                                                
Kesemua peserta telah berjaya menjalankan dan menyelesaikan semua aktiviti bagi korobori ini. Dengan ini juga, semua peserta layak untuk mendapat lencana aktivti Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail (KPTMI).
2 Jun 2015 (Selasa)
Kontingen Sarawak menyertai lawatan sambal belajar yang dianjurkan oleh penganjur korobori. Lokasi pertama yang dilawati kami adalah Kompleks Noor Arfa yang terletak di Chendering. Kami berpeluang untuk melihat proses penghasilan kain batik dan juga kraftangan-kraftangan tradisional. Selain itu, terdapat taman arnab dan penternakan madu lebah kelulut juga terdapat di kompleks ini. Lokasi lawatan kami yang seterusnya adalah Muzium Negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam yang terletak di Kuala Terengganu.

  
 
     
 

3 Jun 2015 (Rabu)
Majlis Penutupan Rasmi Korobori Pengakap Kanak-kanak Kebangsaan 2015.
Selepas selesai majlis penutupan korobori, kontingen bergerak pulang ke Sarawak.

            Keseluruhannya, penyertaan kontingen Sarawak ini telah berjaya mencapai objektif-objektif yang telah dirancang. Sekalung jutaan ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pemimpin dan semua pihak seperi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sarawak, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Lubok Antu, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Miri, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu, Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Guru Besar SK Ridan, Guru Besar SJKC Chung Hua Lutong, Guru Besar SK Merbau dan Guru Besar SK Agama Miri yang telah memberi kerjasama dan bantuan sepanjang perkhemahan bagi memastikan segala perjalanan aktiviti dan penyertaan kontingen Sarawak di dalam korobori ini dapat berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh:
Encik Amirul Asyraf
Pemimpin Pengakap SK Ridan
Lubok Antu, Sarawak

Sukaneka SK Ridan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK Ridan

Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Lubok Antu 2015

Tarikh: 22 & 23 Mei 2015
Tempat: SK Ridan
Penyertaan: SK Ridan, SK Nanga Menyebat dan SMK Lubok Antu