Mari
mengenal SK. Ridan
Sekolah Kebangsaan Ridan adalah sebuah sekolah Luar
Bandar di Daerah Kecil Lubok Antu. Ia terletak di Km 28 Jalan Lubok Antu – Sri
Aman, berhampiran dengan sebatang anak sungai iaitu Sungai Lemanak. Sekolah ini
diasaskan pada sekitar tahun 1950-an oleh seorang rakyat Inggeris bernama Sir
Jehnsen atau lebih dikenali oleh komuniti tempatan dengan panggilan Tuan Ragom
(Tuan Bermisai).
Pada
sekitar tahun 1960-an dan 1970-an Sekolah Kebangsaan Ridan berfungsi sebagai
sebuah Pusat Latihan Asas Pertanian dan Penternakan. Pada masa itu pengurusan
dan pentadbiran sekolah dikawalselia oleh Local Council. SK Ridan mempunyai
anggaran keluasan 4.7 hektar.
Hampir
80% dalam kalangan murid adalah dari keluarga yang berlatarbelakang pendidikan
rendah. Murid-murid berasal dari rumah panjang yang majoritinya dari keluarga
tani. 20% dalam kalangan ibu-bapa pernah menghadiri pendidikan sekolah menengah
dan kebanyakan mereka bekerja sama ada di kilang Kelapa Sawit atau SALCRA
Merindun. Faktor keluarga dan
persekitaran amat jelas mampu mempengaruhi segala program yang akan ditetapkan
dalam Rancangan Pemajuan Sekolah 2006-2010.
SK.
Ridan: In brief
Sekolah Kebangsaan Ridan is located
at KM. 28 Lubok Antu-Sri Aman road (just at a roadside, no boat ride is needed).
This school was founded around 1950 by Sir Jehnsen or Tuan Ragom (by the people
here and it means ‘the bearded sir’).
Once, SK. Ridan was an agricultural
school and now, it functions as a primary school for nearby communities. After
more than 50 years, SK. Ridan is still delivering education to the communities
here.
No comments:
Post a Comment