Disediakan
oleh: Encik Amirul Asyraf bin Kamarulzaini
Pada 27 dan 28 Februari 2015,
seramai 13 orang ahli pengakap SK Ridan yang diiringi oleh tiga orang guru
pengiring iaitu Encik Amirul Asyraf bin Kamarulzaini, Encik Mohd Hafizuddin bin
Ma’mor dan Cik Nazrah binti Abd Razak yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya
Kuching Selatan (MBKS), Kuching, Sarawak. Karnival Pengakap Sarawak ini
merupakan julung kalinya yang diadakan yang bermula pada tahun ini dan karnival
ini adalah bertaraf peringkat negeri. Penyertaan yang menyertai karnival ini
adalah lebih kurang 2000 peserta yang meliputi ahli-ahli pengakap dari seluruh
negeri Sarawak dan juga menerima kehadiran penyertaan dari negara Indonesia
juga.
Perjalanan sepanjang karnival
pengakap ini adalah amat meriah dan berjalan dengan sangat lancar. Ahli-ahli
pengakap dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang dirancang seperti
permainan-permainan, malam kebudayaan, radio amatur, pameran-pameran berkaitan
pengakap dan juga perbarisan di mana dapat memberikan suatu pengalaman yang
baru kepada ahli-ahli pengakap SK Ridan. Pastinya, semua ahli pengakap SK Ridan
memperolehi banyak maklumat dan pengalaman manis melalui Karnival Pengakap
Sarawak 2015 ini yang dapat memberi motivasi kepada diri masing-masing untuk
bergiat dengan lebih aktif di dalam aktiviti kokurikulum. Program sebegini juga
dapat menjadi perangsang kepada mereka supaya sentiasa bersemangat dan
bersungguh-sungguh apabila melaksanakan aktiviti kepengakapan.
Pihak kami juga merakamkan ucapan
penghargaan terima kasih kepada semua pihak terutamanya Unit Kokurikulum
Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu di atas kebenaran yang diberikan bagi
menyertai karnival ini. Turut tidak dilupakan, ucapan terima kasih juga turut
diucapkan kepada Guru Besar SK Ridan, Encik Tibin Anak Jaya, di atas sokongan
yang diberikan kepada unit Pengakap SK Ridan. Semoga sokongan sebegini dapat
diteruskan lagi untuk program-program dan perkhemahan-perkhemahan yang akan
disertai oleh Unit Pengakap SK Ridan pada masa akan datang.