Sekolah Kebangsaan Ridan terletak di daerah Lubok Antu, Sarawak.
SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.
Monday, 10 November 2014
Wednesday, 15 October 2014
PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)
PERINGKAT DAERAH LUBOK ANTU, SARAWAK BAGI TAHUN 2014
Pada bulan Ogos yang lalu, Sekolah Kebangsaan Ridan telah menghantar 4 orang wakil yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan bagi menghadiri perkhemahan TKRS yang diadakan di SK Batang Ai, Lubok Antu, Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah jelajah rimba, masakan rimba, pertandingan kawad kaki, malam kebudayaan dan sebagainya. Perkhemahan ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ucapan syabas dan tahniah juga kepada semua yang telah turut sama dalam menjayakan perkhemahan ini.
Wednesday, 2 April 2014
Coret-coret Mac! (Mix March)
Tahniah Edwin Eric yang mewakili SK. Ridan ke MSSB Sri Aman. Beliau berjaya mendapat dua emas dan dua perak. |
Sunday, 16 March 2014
Apa yang terjadi sekitar Mac di SK. Ridan? March happenings!
Selain dari pembelajaran dan pengajaran, bulan Mac juga diisi dengan program-program seperti suntikan perubatan bagi murid-murid Tahun 1 dan 6 serta sorotan MSSB Sri Aman. Suntikan telah di berikan oleh pembantu perubatan dan jururawat-jururawat dari Klinik Merindun. Bagi MSSB Sri Aman, sekolah kita diwakili oleh Edwin Eric dari Tahun 5. Di khabarkan beliau dapat mengumpul pingat di kejohanan ini (tidak pasti warnanya kerana admin hanya dapat melihat majlis penutupan sahaja :(
Gambar-gambar untuk tatapan semua....
Gambar-gambar untuk tatapan semua....
Murid Tahun 6 mengambil suntikan. |
Walaupun menangis, murid Tahun 1 tetap menjalani suntikan dengan bantuan sokongan moral dari Cik Nazirah. |
Jururawat-jururawat yang memberi suntikan. |
Tahniah Zon Lubok Antu (berbaju hijau, trofi berderet di hadapan) yang muncul sebagai johan keseluruhan bagi peringkat sekolah rendah MSSB Sri Aman 2014. |
Saturday, 8 March 2014
Mesyuarat Exco Pertama 2014
Mesyuarat Exco yang pertama telah dijalankan pada hari Khamis, 20 Februari 2014. Mesyuarat Exco ini merupakan aktiviti pertama bagi Exco dan warga sekolah bergabung untuk membincangkan hal sekolah dan ibu bapa. Mesyuarat dihadiri oleh YDP PIBG, Encik Jensen dan exco-exco termasuk AJK KISB sekolah. Hasil mesyuarat dapat dilihat pada 6 Mac di mana aktiviti gotong royong telah di jalankan di sekolah oleh ibu bapa da warga SK. Ridan.
Here are the pictures from our first Exco meeting for 2014. It is hoped that with the strong relationship between the school and parents, SK. Ridan would deliver the best for the pupils.
YDP dan Guru Besar |
Exco-exco dan guru-guru |
Tuesday, 18 February 2014
KARNIVAL MSSR ZON LUBOK ANTU
Karnival MSSR Zon Lubok Antu telah berlangsung pada 11 hingga 14 Februari 2014. SK. Ridan telah menyertai kesemua pertandingan yang dianjurkan merangkumi acara balapan, bola sepak, sepak takraw, bola jaring, public speaking, pidato, bercerita, storytelling, action song, tarian dan nyanyian solo. Walaupun banyak acara merupakan pertama kali disertai, SK. Ridan telah dapat menempatkan diri sebagai salah satu pemenang atau dalam Top 10. SK. Ridan menuai 2 emas, 3 perak dan 2 gangsa. Sekaligus, meletakkan SK. Ridan sebagai sekolah 5 terbaik di antara 13 sekolah yang menyertai keseluruhan karnival tahun ini.
Tahniah warga SK. Ridan....
Tahniah warga SK. Ridan....
Tempat ketiga dalam Public Speaking Competition, Masitah Yaakub |
Tetap menonjolkan semangat persaingan walaupun menyertai pertandingan tarian untuk pertama kali. |
Diana Ludang mendapat tempat ketiga dalam Storytelling Competition. |
Wajah-wajah juara bola jaring Zon Lubok Antu. Ridan nombor satu! |
Thursday, 6 February 2014
RIDAN FC MENANG DI LAMAN SENDIRI
Franklyin Rentap Di Pentas Tersendiri
RIDAN: Pasukan Bola sepak SK Ridan
telah memenangi perlawanan persahabatan menentang Semanju Dragon dengan
jaringan besar 5-0.Pasukan yang baru ditubuhkan itu agak mudah menundukkan
pihak lawan yang kelihatan masih terkial-kial mencari rentak.
Pada aksi pertama perlawanan, Ridan
F.C. telah mendahului dengan jaringan 3-0. Ketiga-tiga jaringan tersebut telah
dijaringkan oleh pemain sensasi musim ini iaitu Franklyin Rentap Lajang.
Jaringan pertama dihadirkan pada minit ke-12 setelah beliau menyempurnakan satu
umpanan cantik dari kapten pasukan, Collin Powell.Pada minit ke-19 dan minit ke-22, sekali lagi
Franklyin Rentap yang juga pemain sayap menjaringkan gol cantik dengan satu
tendangan padu menerjah jaring pasukan lawan.Willfran Nandis selaku perancang
tengah moden ketika ini merupakan pemain utama yang bertanggungjawab sehingga terhasilnya jaringan tersebut. Pada
separuh masa pertama, Ridan F.C. mendahului dengan jaringan 3-0.
Separuh masa kedua menyaksikan
saingan berat sebelah di mana segenap posisi telah dikuasai sepenuhnya pasukan
tuan rumah.Kekentalan benteng pertahanan yang dijaga oleh dua pertahanan sasa
Jackie James dan Metrus Majeng begitu sukar untuk ditembusi pasukan
lawan.Begitu juga dengan pertahanan kanan pasukan Ridan F.C. Slyvester Petrus
@Genuk juga telah menunjuk prestasi yang amat membanggakan.Pemain-pemain lain
seperti Gabriel Christy, Dyane Rafphel,Jayum,Roland,Edwin,Wista dan Morgan;
walaubagaimanapun perlu mempertingkatkan lagi kredibiliti mereka sebagai
pelengkap kepada kekuatan pasukan.Pada separuh masa kedua,Ridan F.C.menambah 2
lagi jaringan daripada Gabriel Christy(minit ke-32) dan Franklyin Rentap (minit
ke-45).Jesteru itu, formasi 4-5-1 yang diterapkan telah membuahkan hasil.
Jurulatih pasukan Nyalu Jungan dan
pembantunya Christopher Egah berpuas hati dengan persembahan pasukan walaupun
adanya sedikit kelemahan terutamanya di bahagian serangan tengah yang agak
tumpul.Menurut Christopher ”kelemahan ini perlu diperbaiki dengan segera.Kami
akan mengadakan latihan khas bagi mengatasi masalah ini.Saya juga berharap agar
pemain mempertingkatkan lagi prestasi dan tidak mudah berpuas hati dengan
kejayaan ini kerana kita ada kejohanan menanti pada 14 haribulan nanti”.
Subscribe to:
Posts (Atom)