Franklyin Rentap Di Pentas Tersendiri
RIDAN: Pasukan Bola sepak SK Ridan
telah memenangi perlawanan persahabatan menentang Semanju Dragon dengan
jaringan besar 5-0.Pasukan yang baru ditubuhkan itu agak mudah menundukkan
pihak lawan yang kelihatan masih terkial-kial mencari rentak.
Pada aksi pertama perlawanan, Ridan
F.C. telah mendahului dengan jaringan 3-0. Ketiga-tiga jaringan tersebut telah
dijaringkan oleh pemain sensasi musim ini iaitu Franklyin Rentap Lajang.
Jaringan pertama dihadirkan pada minit ke-12 setelah beliau menyempurnakan satu
umpanan cantik dari kapten pasukan, Collin Powell.Pada minit ke-19 dan minit ke-22, sekali lagi
Franklyin Rentap yang juga pemain sayap menjaringkan gol cantik dengan satu
tendangan padu menerjah jaring pasukan lawan.Willfran Nandis selaku perancang
tengah moden ketika ini merupakan pemain utama yang bertanggungjawab sehingga terhasilnya jaringan tersebut. Pada
separuh masa pertama, Ridan F.C. mendahului dengan jaringan 3-0.
Separuh masa kedua menyaksikan
saingan berat sebelah di mana segenap posisi telah dikuasai sepenuhnya pasukan
tuan rumah.Kekentalan benteng pertahanan yang dijaga oleh dua pertahanan sasa
Jackie James dan Metrus Majeng begitu sukar untuk ditembusi pasukan
lawan.Begitu juga dengan pertahanan kanan pasukan Ridan F.C. Slyvester Petrus
@Genuk juga telah menunjuk prestasi yang amat membanggakan.Pemain-pemain lain
seperti Gabriel Christy, Dyane Rafphel,Jayum,Roland,Edwin,Wista dan Morgan;
walaubagaimanapun perlu mempertingkatkan lagi kredibiliti mereka sebagai
pelengkap kepada kekuatan pasukan.Pada separuh masa kedua,Ridan F.C.menambah 2
lagi jaringan daripada Gabriel Christy(minit ke-32) dan Franklyin Rentap (minit
ke-45).Jesteru itu, formasi 4-5-1 yang diterapkan telah membuahkan hasil.
Jurulatih pasukan Nyalu Jungan dan
pembantunya Christopher Egah berpuas hati dengan persembahan pasukan walaupun
adanya sedikit kelemahan terutamanya di bahagian serangan tengah yang agak
tumpul.Menurut Christopher ”kelemahan ini perlu diperbaiki dengan segera.Kami
akan mengadakan latihan khas bagi mengatasi masalah ini.Saya juga berharap agar
pemain mempertingkatkan lagi prestasi dan tidak mudah berpuas hati dengan
kejayaan ini kerana kita ada kejohanan menanti pada 14 haribulan nanti”.
No comments:
Post a Comment