Unit beruniform pengakap SK Ridan
telah berjaya menghantar kontingen seramai 4 orang ahli pengakap bagi menyertai
Camporee Tawau Antarabangsa 2015 yang berlangsung di Kem Pengakap Tiku, Tawau,
Sabah pada 14-18 Mac 2015. Camporee pada tahun ini turut disertai oleh pengakap
dari Indonesia dan juga Brunei, malah SK Ridan menjadi kontingen tunggal yang
menghantar penyertaan daripada Sarawak. Penyertaan bagi camporee ini adalah
melibatkan lebih kurang 1500 penyertaan daripada ahli-ahli pengakap.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan
sepanjang camporee ini antaranya ialah aktiviti ilmu kepengakapan, sesi
pertolongan cemas, raja dan ratu rimba, masakan tradisional, aktiviti monkey bridge, slot lawatan, slot
demostrasi oleh pihak jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), masakan
tradisional, pertandingan malam kebudayaan, pertandingan sukan futsal,
pertandingan sukan sepak takraw dan sebagainya. Penyertaan dari SK Ridan yang juga
merupakan wakil tunggal Sarawak telah berjaya memperolehi beberapa pencapaian
di dalam camporee ini:
- Kesemua
ke empat peserta berjaya mendapatkan anugerah aktiviti camporee (hanya 200
orang peserta sahaja yang memenangi anugerah aktiviti camporee ini)
- Naib
johan pertandingan futsal
- Naib
johan pertandingan sepak takraw
- Peringkat
akhir pertandingan malam kebudayaan (terpilih setelah melalui proses
saringan daripada 44 kontingen)
Penyertaan
unit pengakap SK Ridan di dalam Camporee Tawau Antarabangsa 2015 diharapkan
dapat menjadi pemangkin semangat kepada ahli-ahli pengakap yang lain untuk
terus memberikan komitmen yang terbaik kepada aktiviti-aktiviti kepengakapan
yang dilaksanakan. Pada kesempatan ini, pihak kami juga mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Guru Besar SK Ridan, Tuan Tibin Anak Jaya, Pesuruhjaya
Pengakap Daerah Lubok Antu, Puan Roselind Emeline Dundang, Pejabat Pendidikan
Daerah Lubok Antu dan pihah-pihak yang telah turut sama menjayakan penyertaan
SK Ridan di dalam camporee pada tahun ini. Semoga SK Ridan dapat menyertai lagi
camporee Tawau ini untuk tahun-tahun berikutnya.
Disediakan
oleh: Amirul Asyraf bin Kamarulzaini
Gambar-gambar sekitar penyertaan SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak di dalam Camporee Antarabangsa Tawau 2015:
|
Aktiviti Sayang Si Buta |
|
Aktiviti Monkey Bridge |
|
Sesi ikatan dan simpulan |
|
Pertandingan Masakan |
|
Perlawanan Sepak Takraw |
|
Bersama dengan pingat dan pencapaian yang diperolehi |
No comments:
Post a Comment