KOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK
KEBANGSAAN 2015
Tarikh:
30 Mei hingga 3 Jun 2015
Tempat:
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Nerus, Terengganu.
Seramai enam orang pemimpin dan
sembilan orang ahli Pengakap yang terdiri daripada Persekutuan Pengakap
Malaysia Daerah Lubok Antu dan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Miri telah
menyertai Korobori Pengakap Kebangsaan 2015 dengan jayanya yang berlangsung di
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Nerus, Terengganu. Kontingen
kami telah selamat sampai semuanya ke tapak perkhemahan pada 30 Mei 2015.
30
Mei 2015 (Sabtu)
Kontingen
mula memasang khemah-khemah bagi mengikuti perkhemahan korobori ini. Para
peserta juga diberikan taklimat oleh pemimpin berkenaan perjalanan aktiviti
bagi korobori ini. Taklimat ini diberikan oleh pemimpin pengakap SK Ridan
(Encik Amirul Asyraf), SK Merbau (Encik Bakhtiar) dan SK Agama Miri (Encik
Muinuddin). Taklimat ini juga merangkumi langkah-langkah keselamatan yang perlu
dipatuhi oleh semua peserta korobori ini.
31
Mei 2015 (Ahad)
Peserta
Korobori telah memulakan aktiviti. Aktiviti pertama yang dijalankan oleh
peserta adalah aktiviti Permainan Dinamika diikuti dengan Permainan Rakyat dan
sebagainya..
1
Jun 2015 (Isnin)
Peserta
Korobori menyambung perjalanan aktiviti mereka.
Kesemua
peserta telah berjaya menjalankan dan menyelesaikan semua aktiviti bagi
korobori ini. Dengan ini juga, semua peserta layak untuk mendapat lencana
aktivti Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail (KPTMI).
2
Jun 2015 (Selasa)
Kontingen
Sarawak menyertai lawatan sambal belajar yang dianjurkan oleh penganjur
korobori. Lokasi pertama yang dilawati kami adalah Kompleks Noor Arfa yang
terletak di Chendering. Kami berpeluang untuk melihat proses penghasilan kain
batik dan juga kraftangan-kraftangan tradisional. Selain itu, terdapat taman
arnab dan penternakan madu lebah kelulut juga terdapat di kompleks ini. Lokasi
lawatan kami yang seterusnya adalah Muzium Negeri Terengganu dan Taman Tamadun
Islam yang terletak di Kuala Terengganu.
3
Jun 2015 (Rabu)
Majlis
Penutupan Rasmi Korobori Pengakap Kanak-kanak Kebangsaan 2015.
Selepas
selesai majlis penutupan korobori, kontingen bergerak pulang ke Sarawak.
Keseluruhannya, penyertaan kontingen
Sarawak ini telah berjaya mencapai objektif-objektif yang telah dirancang.
Sekalung jutaan ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pemimpin
dan semua pihak seperi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sarawak, Persekutuan
Pengakap Malaysia Daerah Lubok Antu, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Miri,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu,
Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Guru Besar SK Ridan, Guru Besar SJKC Chung Hua
Lutong, Guru Besar SK Merbau dan Guru Besar SK Agama Miri yang telah memberi kerjasama
dan bantuan sepanjang perkhemahan bagi memastikan segala perjalanan aktiviti dan
penyertaan kontingen Sarawak di dalam korobori ini dapat berjalan dengan
lancar.
Disediakan oleh:
Encik Amirul Asyraf
Pemimpin Pengakap SK Ridan
Lubok Antu, Sarawak
No comments:
Post a Comment