SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.

SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.
SK Ridan

Monday 13 January 2014



Mari mengenal SK. Ridan

Sekolah Kebangsaan Ridan adalah sebuah sekolah Luar Bandar di Daerah Kecil Lubok Antu. Ia terletak di Km 28 Jalan Lubok Antu – Sri Aman, berhampiran dengan sebatang anak sungai iaitu Sungai Lemanak. Sekolah ini diasaskan pada sekitar tahun 1950-an oleh seorang rakyat Inggeris bernama Sir Jehnsen atau lebih dikenali oleh komuniti tempatan dengan panggilan Tuan Ragom (Tuan Bermisai).

            Pada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an Sekolah Kebangsaan Ridan berfungsi sebagai sebuah Pusat Latihan Asas Pertanian dan Penternakan. Pada masa itu pengurusan dan pentadbiran sekolah dikawalselia oleh Local Council. SK Ridan mempunyai anggaran keluasan 4.7 hektar.

            Hampir 80% dalam kalangan murid adalah dari keluarga yang berlatarbelakang pendidikan rendah. Murid-murid berasal dari rumah panjang yang majoritinya dari keluarga tani. 20% dalam kalangan ibu-bapa pernah menghadiri pendidikan sekolah menengah dan kebanyakan mereka bekerja sama ada di kilang Kelapa Sawit atau SALCRA Merindun.  Faktor keluarga dan persekitaran amat jelas mampu mempengaruhi segala program yang akan ditetapkan dalam Rancangan Pemajuan Sekolah 2006-2010.


SK. Ridan: In brief

            Sekolah Kebangsaan Ridan is located at KM. 28 Lubok Antu-Sri Aman road (just at a roadside, no boat ride is needed). This school was founded around 1950 by Sir Jehnsen or Tuan Ragom (by the people here and it means ‘the bearded sir’).

            Once, SK. Ridan was an agricultural school and now, it functions as a primary school for nearby communities. After more than 50 years, SK. Ridan is still delivering education to the communities here.

No comments:

Post a Comment