SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.

SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.
SK Ridan

Monday 10 November 2014

Wednesday 15 October 2014

PERTANDINGAN BADMINTON SK RIDAN SIRI 1, 2014

Pada 13 Oktober 2014, SK Ridan telah menganjurkan suatu kejohanan pertandingan badminton peringkat SK Ridan. Seramai lapan kumpulan telah mengambil bahagian di dalam kejohanan ini. Kejohanan badminton ini juga telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) 
PERINGKAT DAERAH LUBOK ANTU, SARAWAK BAGI TAHUN 2014

 Pada bulan Ogos yang lalu, Sekolah Kebangsaan Ridan telah menghantar 4 orang wakil yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan bagi menghadiri perkhemahan TKRS yang diadakan di SK Batang Ai, Lubok Antu, Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah jelajah rimba, masakan rimba, pertandingan kawad kaki, malam kebudayaan dan sebagainya. Perkhemahan ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ucapan syabas dan tahniah juga kepada semua yang telah turut sama dalam menjayakan perkhemahan ini.

Wednesday 2 April 2014

Coret-coret Mac! (Mix March)


Pada hujung bulan Mac, satu gotong royong Prasekolah telah di jalankan bersama ibu bapa. Ibu bapa telah bergotong royong menambah baik, mengemas dan mengecat bahagian di Prasekolah. Dengan kerjasama yang padu oleh ibu bapa dan warga kerja, keceriaan Prasekolah dapat ditingkatkan dan pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.



Tahniah Edwin Eric yang mewakili SK. Ridan ke MSSB Sri Aman. Beliau berjaya mendapat dua emas dan dua perak.

 


 
      




Sunday 16 March 2014

Apa yang terjadi sekitar Mac di SK. Ridan? March happenings!

Selain dari pembelajaran dan pengajaran, bulan Mac juga diisi dengan program-program seperti suntikan perubatan bagi murid-murid Tahun 1 dan 6 serta sorotan MSSB Sri Aman. Suntikan telah di berikan oleh pembantu perubatan dan jururawat-jururawat dari Klinik Merindun. Bagi MSSB Sri Aman, sekolah kita diwakili oleh Edwin Eric dari Tahun 5. Di khabarkan beliau dapat mengumpul pingat di kejohanan ini (tidak pasti warnanya kerana admin hanya dapat melihat majlis penutupan sahaja :(

Gambar-gambar untuk tatapan semua....

Murid Tahun 6 mengambil suntikan.

Walaupun menangis, murid Tahun 1 tetap menjalani suntikan dengan bantuan sokongan moral dari Cik Nazirah.

Jururawat-jururawat yang memberi suntikan.

Tahniah Zon Lubok Antu (berbaju hijau, trofi berderet di hadapan) yang muncul sebagai johan keseluruhan bagi peringkat sekolah rendah MSSB Sri Aman 2014.

Saturday 8 March 2014

Mesyuarat Exco Pertama 2014

Mesyuarat Exco yang pertama telah dijalankan pada hari Khamis, 20 Februari 2014. Mesyuarat Exco ini merupakan aktiviti pertama bagi Exco dan warga sekolah bergabung untuk membincangkan hal sekolah dan ibu bapa. Mesyuarat dihadiri oleh YDP PIBG, Encik Jensen dan exco-exco termasuk AJK KISB sekolah. Hasil mesyuarat dapat dilihat pada 6 Mac di mana aktiviti gotong royong telah di jalankan di sekolah oleh ibu bapa da warga SK. Ridan.

YDP dan Guru Besar

Exco-exco dan guru-guru

Here are the pictures from our first Exco meeting for 2014. It is hoped that with the strong relationship between the school and parents, SK. Ridan would deliver the best for the pupils.

Tuesday 18 February 2014

KARNIVAL MSSR ZON LUBOK ANTU

Karnival MSSR Zon Lubok Antu telah berlangsung pada 11 hingga 14 Februari 2014. SK. Ridan telah menyertai kesemua pertandingan yang dianjurkan merangkumi acara balapan, bola sepak, sepak takraw, bola jaring, public speaking, pidato, bercerita, storytelling, action song, tarian dan nyanyian solo. Walaupun banyak acara merupakan pertama kali disertai, SK. Ridan telah dapat menempatkan diri sebagai salah satu pemenang atau dalam Top 10. SK. Ridan menuai 2 emas, 3 perak dan 2 gangsa. Sekaligus, meletakkan SK. Ridan sebagai sekolah 5 terbaik di antara 13 sekolah yang menyertai keseluruhan karnival tahun ini.

Tahniah warga SK. Ridan....


Tempat ketiga dalam Public Speaking Competition, Masitah Yaakub

Tetap menonjolkan semangat persaingan walaupun menyertai pertandingan tarian untuk pertama kali.

Diana Ludang mendapat tempat ketiga dalam Storytelling Competition.

Wajah-wajah juara bola jaring Zon Lubok Antu. Ridan nombor satu!
 

Thursday 6 February 2014

RIDAN FC MENANG DI LAMAN SENDIRI




 


Franklyin Rentap Di Pentas Tersendiri




RIDAN: Pasukan Bola sepak SK Ridan telah memenangi perlawanan persahabatan menentang Semanju Dragon dengan jaringan besar 5-0.Pasukan yang baru ditubuhkan itu agak mudah menundukkan pihak lawan yang kelihatan masih terkial-kial mencari rentak.
Pada aksi pertama perlawanan, Ridan F.C. telah mendahului dengan jaringan 3-0. Ketiga-tiga jaringan tersebut telah dijaringkan oleh pemain sensasi musim ini iaitu Franklyin Rentap Lajang. Jaringan pertama dihadirkan pada minit ke-12 setelah beliau menyempurnakan satu umpanan cantik dari kapten pasukan, Collin Powell.Pada minit      ke-19 dan minit ke-22, sekali lagi Franklyin Rentap yang juga pemain sayap menjaringkan gol cantik dengan satu tendangan padu menerjah jaring pasukan lawan.Willfran Nandis selaku perancang tengah moden ketika ini merupakan pemain utama yang bertanggungjawab  sehingga terhasilnya jaringan tersebut. Pada separuh masa pertama, Ridan F.C. mendahului dengan jaringan 3-0.  

Separuh masa kedua menyaksikan saingan berat sebelah di mana segenap posisi telah dikuasai sepenuhnya pasukan tuan rumah.Kekentalan benteng pertahanan yang dijaga oleh dua pertahanan sasa Jackie James dan Metrus Majeng begitu sukar untuk ditembusi pasukan lawan.Begitu juga dengan pertahanan kanan pasukan Ridan F.C. Slyvester Petrus @Genuk juga telah menunjuk prestasi yang amat membanggakan.Pemain-pemain lain seperti Gabriel Christy, Dyane Rafphel,Jayum,Roland,Edwin,Wista dan Morgan; walaubagaimanapun perlu mempertingkatkan lagi kredibiliti mereka sebagai pelengkap kepada kekuatan pasukan.Pada separuh masa kedua,Ridan F.C.menambah 2 lagi jaringan daripada Gabriel Christy(minit ke-32) dan Franklyin Rentap (minit ke-45).Jesteru itu, formasi 4-5-1 yang diterapkan  telah membuahkan hasil.

Jurulatih pasukan Nyalu Jungan dan pembantunya Christopher Egah berpuas hati dengan persembahan pasukan walaupun adanya sedikit kelemahan terutamanya di bahagian serangan tengah yang agak tumpul.Menurut Christopher ”kelemahan ini perlu diperbaiki dengan segera.Kami akan mengadakan latihan khas bagi mengatasi masalah ini.Saya juga berharap agar pemain mempertingkatkan lagi prestasi dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan ini kerana kita ada kejohanan menanti pada 14 haribulan nanti”.