SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.

SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.
SK Ridan

Tuesday 3 March 2015

KARNIVAL PENGAKAP SARAWAK




Disediakan oleh: Encik Amirul Asyraf bin Kamarulzaini

            Pada 27 dan 28 Februari 2015, seramai 13 orang ahli pengakap SK Ridan yang diiringi oleh tiga orang guru pengiring iaitu Encik Amirul Asyraf bin Kamarulzaini, Encik Mohd Hafizuddin bin Ma’mor dan Cik Nazrah binti Abd Razak yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Kuching, Sarawak. Karnival Pengakap Sarawak ini merupakan julung kalinya yang diadakan yang bermula pada tahun ini dan karnival ini adalah bertaraf peringkat negeri. Penyertaan yang menyertai karnival ini adalah lebih kurang 2000 peserta yang meliputi ahli-ahli pengakap dari seluruh negeri Sarawak dan juga menerima kehadiran penyertaan dari negara Indonesia juga.
            Perjalanan sepanjang karnival pengakap ini adalah amat meriah dan berjalan dengan sangat lancar. Ahli-ahli pengakap dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang dirancang seperti permainan-permainan, malam kebudayaan, radio amatur, pameran-pameran berkaitan pengakap dan juga perbarisan di mana dapat memberikan suatu pengalaman yang baru kepada ahli-ahli pengakap SK Ridan. Pastinya, semua ahli pengakap SK Ridan memperolehi banyak maklumat dan pengalaman manis melalui Karnival Pengakap Sarawak 2015 ini yang dapat memberi motivasi kepada diri masing-masing untuk bergiat dengan lebih aktif di dalam aktiviti kokurikulum. Program sebegini juga dapat menjadi perangsang kepada mereka supaya sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh apabila melaksanakan aktiviti kepengakapan.
            Pihak kami juga merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua pihak terutamanya Unit Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu di atas kebenaran yang diberikan bagi menyertai karnival ini. Turut tidak dilupakan, ucapan terima kasih juga turut diucapkan kepada Guru Besar SK Ridan, Encik Tibin Anak Jaya, di atas sokongan yang diberikan kepada unit Pengakap SK Ridan. Semoga sokongan sebegini dapat diteruskan lagi untuk program-program dan perkhemahan-perkhemahan yang akan disertai oleh Unit Pengakap SK Ridan pada masa akan datang.