SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.

SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.
SK Ridan

Thursday 6 February 2014

RIDAN FC MENANG DI LAMAN SENDIRI




 


Franklyin Rentap Di Pentas Tersendiri




RIDAN: Pasukan Bola sepak SK Ridan telah memenangi perlawanan persahabatan menentang Semanju Dragon dengan jaringan besar 5-0.Pasukan yang baru ditubuhkan itu agak mudah menundukkan pihak lawan yang kelihatan masih terkial-kial mencari rentak.
Pada aksi pertama perlawanan, Ridan F.C. telah mendahului dengan jaringan 3-0. Ketiga-tiga jaringan tersebut telah dijaringkan oleh pemain sensasi musim ini iaitu Franklyin Rentap Lajang. Jaringan pertama dihadirkan pada minit ke-12 setelah beliau menyempurnakan satu umpanan cantik dari kapten pasukan, Collin Powell.Pada minit      ke-19 dan minit ke-22, sekali lagi Franklyin Rentap yang juga pemain sayap menjaringkan gol cantik dengan satu tendangan padu menerjah jaring pasukan lawan.Willfran Nandis selaku perancang tengah moden ketika ini merupakan pemain utama yang bertanggungjawab  sehingga terhasilnya jaringan tersebut. Pada separuh masa pertama, Ridan F.C. mendahului dengan jaringan 3-0.  

Separuh masa kedua menyaksikan saingan berat sebelah di mana segenap posisi telah dikuasai sepenuhnya pasukan tuan rumah.Kekentalan benteng pertahanan yang dijaga oleh dua pertahanan sasa Jackie James dan Metrus Majeng begitu sukar untuk ditembusi pasukan lawan.Begitu juga dengan pertahanan kanan pasukan Ridan F.C. Slyvester Petrus @Genuk juga telah menunjuk prestasi yang amat membanggakan.Pemain-pemain lain seperti Gabriel Christy, Dyane Rafphel,Jayum,Roland,Edwin,Wista dan Morgan; walaubagaimanapun perlu mempertingkatkan lagi kredibiliti mereka sebagai pelengkap kepada kekuatan pasukan.Pada separuh masa kedua,Ridan F.C.menambah 2 lagi jaringan daripada Gabriel Christy(minit ke-32) dan Franklyin Rentap (minit ke-45).Jesteru itu, formasi 4-5-1 yang diterapkan  telah membuahkan hasil.

Jurulatih pasukan Nyalu Jungan dan pembantunya Christopher Egah berpuas hati dengan persembahan pasukan walaupun adanya sedikit kelemahan terutamanya di bahagian serangan tengah yang agak tumpul.Menurut Christopher ”kelemahan ini perlu diperbaiki dengan segera.Kami akan mengadakan latihan khas bagi mengatasi masalah ini.Saya juga berharap agar pemain mempertingkatkan lagi prestasi dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan ini kerana kita ada kejohanan menanti pada 14 haribulan nanti”.

No comments:

Post a Comment