SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.

SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak.
SK Ridan

Saturday 4 April 2015

CAMPOREE TAWAU ANTARABANGSA 2015



 Unit beruniform pengakap SK Ridan telah berjaya menghantar kontingen seramai 4 orang ahli pengakap bagi menyertai Camporee Tawau Antarabangsa 2015 yang berlangsung di Kem Pengakap Tiku, Tawau, Sabah pada 14-18 Mac 2015. Camporee pada tahun ini turut disertai oleh pengakap dari Indonesia dan juga Brunei, malah SK Ridan menjadi kontingen tunggal yang menghantar penyertaan daripada Sarawak. Penyertaan bagi camporee ini adalah melibatkan lebih kurang 1500 penyertaan daripada ahli-ahli pengakap.

            Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang camporee ini antaranya ialah aktiviti ilmu kepengakapan, sesi pertolongan cemas, raja dan ratu rimba, masakan tradisional, aktiviti monkey bridge, slot lawatan, slot demostrasi oleh pihak jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), masakan tradisional, pertandingan malam kebudayaan, pertandingan sukan futsal, pertandingan sukan sepak takraw dan sebagainya. Penyertaan dari SK Ridan yang juga merupakan wakil tunggal Sarawak telah berjaya memperolehi beberapa pencapaian di dalam camporee ini:
  1. Kesemua ke empat peserta berjaya mendapatkan anugerah aktiviti camporee (hanya 200 orang peserta sahaja yang memenangi anugerah aktiviti camporee ini)
  2. Naib johan pertandingan futsal
  3. Naib johan pertandingan sepak takraw
  4. Peringkat akhir pertandingan malam kebudayaan (terpilih setelah melalui proses saringan daripada 44 kontingen) 


Penyertaan unit pengakap SK Ridan di dalam Camporee Tawau Antarabangsa 2015 diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat kepada ahli-ahli pengakap yang lain untuk terus memberikan komitmen yang terbaik kepada aktiviti-aktiviti kepengakapan yang dilaksanakan. Pada kesempatan ini, pihak kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK Ridan, Tuan Tibin Anak Jaya, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Lubok Antu, Puan Roselind Emeline Dundang, Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu dan pihah-pihak yang telah turut sama menjayakan penyertaan SK Ridan di dalam camporee pada tahun ini. Semoga SK Ridan dapat menyertai lagi camporee Tawau ini untuk tahun-tahun berikutnya.


 Disediakan oleh: Amirul Asyraf bin Kamarulzaini

Gambar-gambar sekitar penyertaan SK Ridan, Lubok Antu, Sarawak di dalam Camporee Antarabangsa Tawau 2015:

Aktiviti Sayang Si Buta

Aktiviti Monkey Bridge






Sesi ikatan dan simpulan




Pertandingan Masakan

Perlawanan Sepak Takraw

Bersama dengan pingat dan pencapaian yang diperolehi

 

No comments:

Post a Comment